Setelah hampir setengah bulan.. Barulah abah muncul dikedai mamak. Berbual dengan kawan-kawannya. Tapi yang aku boring,sekarang ni hot topic ialah politik. Hehe. Akula yang boring tengok apek ni debat dengan abah.
Blog ini didedikasi buat abah,yang kini adalah stroke survivor bermula dari 14 Disember 2010. .
Saturday, June 30, 2012
Tuesday, June 26, 2012
Sisi gelap warfarin
Sebenarnya, pesakit stroke yang ambil warfarin, perlu segera dirujuk ke hospital, andai lebam teruk akibat jatuh. Ini kerana, warfarin perlu dihentikan dan pesakit perlu dimonitor di hospital. Jika tidak pendarahan yang berlanjutan membuatkan pesakit stroke amat derita, dan ubat tahan sakit dari klinik adalah memudaratkan pesakit.
Ini adalah peringatan buat semua ahli keluarga stroke survivor.
![]() |
| Abah menahan sakit, sukar nak duduk, sukar nak baring dan bisa bila berjalan. |
![]() |
| akhirnya setelah seminggu tiada tanda pulih, baru kami bawa abah ke hospital. |
![]() |
| Abah terus di warded apabila aku memberitahu, abah mengambil warfarin dan selepas doktor memeriksa lebam abah yang merebak agak teruk dibawah pinggang hingga ke belakang lutut. |
![]() | |||
| Tiga hari selepas diwarded, barulah abah sihat semula, dah boleh ketawa pun. |
Monday, June 11, 2012
moga kesulitan dipermudahkan
abah jatuh,hari selasa yang lepas. mulanya tiada apa-apa kesan,tapi mula khamis punggung abah lebam. lebamnya besar,dan abah mula susah nak bangun dan baring. abah mengaduh sakit. ibu bawa ke hospital khamis tu. tapi tetap tidak lega.
abah perlu bantuan untuk bangun dari katil. aku rasa bertuah kerana tubuhku tidaklah kurus cekeding seperti diidamkan,kerana tubuhku lebih besar dari abah,abah rasa selamat nak berpaut,untuk bangun dan berdiri bila saat macamni.
ibu sukar nak tidur kerana abah amat kerap mengaduh minta diurut ataupun disapu minyak.
tadi lebih kurang jam 9 malam aku bawa abah ke klinik dr abraham. sungguh seksa abah nak masuk apatah lagi duduk dikereta,berpeluh dan menggigil abah menahan bisa sakit yang menyucuk sambil mengeluh dan merayu pada tuhan agar sakitnya dikurangkan. sayu aku dengar,dah lama aku tak menitis air mata kerana abah. kalini waktu memandu,aku keraskan hati dan banyak istighfar pada yang esa.
selepas disuntik,bali rumah,abah macam lega sikit. dan aku keluar sebentar dengan kawan-kawan,itu sahaja cara aku untuk melupakan sebentar kerisauan pada hati.
pulang tadi abah mula mengaduh sakiy lagi. ikut hati,aku nak bagi pil tahan sakit yang diberi,tapi doktor dah pesan,pil tahan sakit hanya mula esok. aku dan ibu cuba tuam tuala sejuk,kata doktor sepatutnya masa awal abah jatuh,kami tuam dengan ais,bukan urut atau letak minyak. jadi tadi kami cuba tuam ais.tapi abah mengaduh dan menjerit. akhirnya kami cuma dapat minta abah bersabar.
saat ini aku cuba genggam ayat quran "setiap kesulitan pasti akan datang kelapangan.setiap kesulitan pasti akan datang kelapangan".
Sunday, May 27, 2012
kesan sampingan
dari along, kami dapat tahu ubat stroke mempunyai kesan sampingan iaitu meningkat kan hormon testorone. kalau ini fakta,aku harus berkongsi dengan pembaca. supaya tingkah laku pesakit stroke boleh difahami.
tapi kata teman ku,sebenarnya ubat warfarin kesan sampingan yang itu tidaklah tinggi berbanding ubat-ubat tradisional yang lain.
apa pun,penjaga pesakit stroke memang kena banyak sabar.
semalam aku desak abah habiskan ubat batuk,abah kata aku dera orang tua..hahahaha
Friday, May 25, 2012
senarai ubat abah updated
Sekarang ni abah cuma makan 4 jenis ubat sahaja, tapi dose nya agak tinggi.
Pagi:
Phenytoin (100mg), 3 biji
Untuk mengelak sawan.
Folic acid 5mg, 1 biji
vitamin
Malam:
Simvastatin up 40, 1 biji
Darah tinggi
Warfarin (Orfarin 3mg), 1 biji
Stroke
Aku rasa kerana Phenytoin, abah mudah mengantuk. Cuma abah, mula batuk sekarang, berjangkit dari aku. Aku dah sembuh, abah pula kena, dan bila kena batuk, abah akan amat lemah, harap tak sesak nafas.
Monday, May 21, 2012
Selamat Hari Ibu!
![]() | |
| Abah pun turut menggayakan cermin mata hitam, bila ibu terpaksa memakai cermin mata hitam lepas pembedahan kecil tu. |
Ibu baru lepas pembedahan kecil akibat selaput mata kerana diabetic. Kadang-kaddang aku lihat ibu, sesekali imbas, aku fikir ibu ni selamba je, macam tak risau. Dulu pun ibu pernah kena bisul sebab diabetic, pun kena turis juga bisul tu di klinik kesihatan, berhari juga ke membersihkan luka.
Bagi aku, ibu memang kuat sangat. Dahlah melayan kerenah abah yang tak pernah berkurang, dan dengan aku juga yang jauh dari bayang anak solehah.
Ibu letakkan abah ditempat yang paling utama, dan diri ibu yang paling akhir. Abah tak pernah berkompromi kalau ibu sakit-sakit badan, abah tetap minta dibawa ke kedai mamak mencari tosei. Ibulah yang memandu, walau sakit, walau pening, walau demam. Terutamanya waktu aku bekerja. Aku tahu walau abah kadang kala mengeluarkan kata-kata kasar pada ibu akibat tidak rasional nya kini, abah akan lebih parah tanpa ketiadaan ibu.
Abah pernah cuba memandu kereta apabila ibu lambat bersiap untuk minum petang, ibu kejar abah jalan kaki! Nasib abah takut dan berhenti sebelum sampai jalan utama. Kalau ikut geram aku, tindakan abah tu...aku tengok abah macam kecik je, kalau budak mungkin dan aku tampar bila aku mendengar perkara tu sebaik sahaja aku pulang dari kerja.
Kadang-kadang aku cuma pandang ibu, terlihat kedut-kedut diwajah ibu. Ibu kuat, sangat kuat. Aku ni, tak pernah tahu nak bermanja atau meluahkan kasih sayang pada ibu. Tapi aku tahu, tanpa ibu, dunia abah akan lebih perit.
Wednesday, May 2, 2012
Izinkan pengembara itu berehat
![]() |
| waktu ni menunggu angah di plaza tol kajang, abah dah marah-marah dah. |
![]() |
| kata ibu, mungkin lepas ni kalau ada kenduri kahwin lagi, ibu akan tumpang anak saudaranya dan pergi sekadar balik hari. Dan abah akan dibawah jagaan aku sepenuhnya, sepanjang ketiadaan ibu. |
Dulu abah suka travel, amat suka. Selalu bawa kami berjalan-jalan, abah selalu kata abah suka bawa van, sebab mudah nak bawa jalan-jalan, kalau atur kerusi, dalam van boleh bentang tilam, tidak perlu hotel.
Tapi sekarang, travel membebankan abah. Lebih-lebih lagi sejak abah hampir kena stroke kali kedua, abah hanya mampu tidur sahaja. Pergerakan abah amat terbatas, sikap sabar pula dah tinggal seinci cuma.
Dalam kereta lama-lama, memenatkan abah. Dan kalau waktu tu abah dah letih, abah akan cranky, abah mudah marah, silap-silap abah nak memandu, agar cepat sampai. Dan menunggu juga amat sukar bagi abah. Abah tak boleh duduk lama.
Abah..abah.










