Abah menandatangani borang izin nikah. |
Sebenarnya, aku mengharapkan abah membaca doa sewaktu merenjis bunga mawar dipelamin. Seperti yang selalu abah buat dimajlis-majlis perkahwinan dahulu. Tapi, aku kena terima abah dah tak mampu lagi.
Abah juga dah tak boleh mengetuai majlis-majlis tahlil, disebabkan abah dah lupa doa-doanya, dan abah mudah keliru dan juga seolah hilang dalam pemikirannya. Orang kata abah selalu merapu, bukan orang kata, kami sekeluarga pun dah mula masak dengan situasi itu. Kesian abah, kadangkala aku atau ibu mula meninggikan suara kerana soalan sama bertalu-talu yang disoalkan.
Abah dah lupa yang abah baru bertanya atau abah inginkan perhatian dari kami?
Cuma tuhan yang tahu, apa sebenarnya yang abah fikirkan.
erm rs berdosa bila tinggikn suara pd abah.
ReplyDeletebuat angah pun rasa serba salah..rasa nak balik melaka nak jaga abah
ReplyDelete