Saturday, March 19, 2016

Klebang


Abah suka pantai klebang. Kalau waktu cuti sekolah, abah nak pergi setiap petang. Jalan-jalan dan makan.
Tengahar, abah akan kami bawa makan nasi briyani pokok mangga. Disitu sahaja abah akan makan habis.
Semuanya abah lakukan tanpa jemu.

Monday, February 22, 2016

Sunday, February 14, 2016

Perjumpaan ke 5 dengan unit Psikiatri

11hb februari

Kaliini aku dipanggil oleh oleh pakar psikiatri dalam temujanji kaliini, abah menolak untuk diadakan ct scan dikepala. Abah paranoid. Kata doktor tak mengapa tentang ctc scan itu, tetapi dia pernah membaca satu kes di UK, bahawa ada kesan ubat stroke yang menyebabkan seseorang itu mempunyai keinginan yang tinggi terhadap sexual dan gambling. Individu itu telah mengeluarkan samam kepada syarikat ubat tersebut, dan beliau menang kes itu.

Sebenarnya aku telah lama tidak menulis antara sebabnya ialah kondisi mental abah semakin teruk, bukannya fizikal. Fizikal, abah boleh berjalan seperti biasa cuma tidak begitu sempurna,

Malam ini, aku menyalin senarai ubat abah, seperti yang dikehendaki oleh doktor tersebut.

Senarai ubat abah:
1. ZOCOR
SIMVASTATIN 40MG

2. DILANTIN
Phenytoin Sodium
100mg

3. Pradaxa
150gm

4. Perinace
Perindopril Erbumine
4mg

Sunday, January 10, 2016

Abah, my baby dan ziarah mrfeckry.

Setelah 3 bulan abah tinggal bersama aku dan suami, aku rasa sangat selesa dengan abah. Abah juga makin tenang dan tidak lagi kerap marah-marah seperti dulu. Banyak trick yang kami belajar untuk tenangkan abah. Dan kami perlu pantau emosi abah, supaya kami boleh terangkan pada doktor pskiatri yang merawat abah.

Sejak akhir-akhir ini abah akan minta kami putar lagu Kereta Lembu nyanyian Helen Velu di tab kami, sewaktu dalam kereta, mulanya aku anggap perkara ni agak mengarut, dan agak terkejut bila abah menyanyi lagu tu dalam kereta. Terima kasih atas teknologi, aku buka youtube dan pasang video tu. Abah akan senyap dan fokus pada video, walaupun ditayang berulang-ulang. Mulanya aku rasa kelakar, tapi bila teringat perlakuan kanak-kanak yang sering merengek sesuatu video bila dalam perjalanan dari mak ayah, baru aku terfikir, perbuatan abah pun begitu, dan aku tak harus terkejut sepatutnya belajar menerima.






Hujung minggu ini juga, Mr Feckry iaitu adik bongsu kami datang sekeluarga, aku lihat abah sangat happy bersama mereka, sesekali melayan kerenah budak-budak buat abah gembira.




Ziarah rumah ibu,sentiasa adik tak lupa setiap kali dia balik melaka

Along, kakak sulung kami juga kini tinggal di Melaka :)

Setelah ibu tiada, aku sedar, abah sahaja tempat paling kuat menyatukan kami. Tahun ini genap abah 5 tahun hidup sebagai stroke survivor. Kesihatan abah kini dalam pemantauan IJN dan unit pskiatri hospital melaka.

Abah umpama our baby, bagi aku dan suami yang masih belum punya anak. Abahlah keluarga kami.