Sunday, January 10, 2016

Abah, my baby dan ziarah mrfeckry.

Setelah 3 bulan abah tinggal bersama aku dan suami, aku rasa sangat selesa dengan abah. Abah juga makin tenang dan tidak lagi kerap marah-marah seperti dulu. Banyak trick yang kami belajar untuk tenangkan abah. Dan kami perlu pantau emosi abah, supaya kami boleh terangkan pada doktor pskiatri yang merawat abah.

Sejak akhir-akhir ini abah akan minta kami putar lagu Kereta Lembu nyanyian Helen Velu di tab kami, sewaktu dalam kereta, mulanya aku anggap perkara ni agak mengarut, dan agak terkejut bila abah menyanyi lagu tu dalam kereta. Terima kasih atas teknologi, aku buka youtube dan pasang video tu. Abah akan senyap dan fokus pada video, walaupun ditayang berulang-ulang. Mulanya aku rasa kelakar, tapi bila teringat perlakuan kanak-kanak yang sering merengek sesuatu video bila dalam perjalanan dari mak ayah, baru aku terfikir, perbuatan abah pun begitu, dan aku tak harus terkejut sepatutnya belajar menerima.






Hujung minggu ini juga, Mr Feckry iaitu adik bongsu kami datang sekeluarga, aku lihat abah sangat happy bersama mereka, sesekali melayan kerenah budak-budak buat abah gembira.




Ziarah rumah ibu,sentiasa adik tak lupa setiap kali dia balik melaka

Along, kakak sulung kami juga kini tinggal di Melaka :)

Setelah ibu tiada, aku sedar, abah sahaja tempat paling kuat menyatukan kami. Tahun ini genap abah 5 tahun hidup sebagai stroke survivor. Kesihatan abah kini dalam pemantauan IJN dan unit pskiatri hospital melaka.

Abah umpama our baby, bagi aku dan suami yang masih belum punya anak. Abahlah keluarga kami.

1 comment:

  1. MasyaAllah, saya baca kisah sis jaga ayah sis yang lumpuh. 5 tahun lamanya ayah jadi stroke survivor. Tabahnya sis. Moga Allah ganjari rezki yang tak putus2 dan ganjaran syurga. Allah.

    ReplyDelete