Abah..abah..abah dah sihat sekarang ni, cuma belum mampu naik motor sebab masih tak boleh seimbangakn badan abah, masih tak boleh memandu kerana kami tak benarkan lagi. Tapi, abah sekarang amat lain, abah sekarang panas baran, abah sekarang cuma ikut hati abah.
Abah sekarang dah tak suka aku atau ibu ikut abah kemana-mana. Haritu pergi melaka sentral, sekelip mata abah hilang dari pandangan aku, resah aku, dua jam mencari yang aku rasa macam 4 jam, akhirnya aku minta pakcik security tolong cari, baru jumpa. Lepas tu abah kata, abah tak suka orang ikut. Dan jawapan abah buat aku geram. Abah tak tahu betapa risaunya kami tentang abah. Abah cuma fikir yang abah nak bebas berjalan. Kerana geramnya aku, aku berkata pada abah, kalau abah hilang lagi, acik lapor polis dan biar polis bawa abah kerumah kebajikan. Sekarang ni bukan sekali abah hilang. Bila aku tiada, ibu yang amat risau, sampai menangis-nangis, aku jadi sedih tengok ibu. Dia seorang isteri, dia layak untuk amat risau dengan orang yang paling dia cintai., Tapi, ibu pun bukannya kuat sangat, ibu nak uruskan majlis aku lagi, nak jaga abah lagi. Aku takut ibu pula jatuh sakit. Ibu pula memang dah makin kurus. Aku tahu selama ni, kami amat risau pasal abah, tanya ibu abah dah makan ubat ke belum, tanya ibu abah macamana...kadangkala kami lupa nak tanya ibu, ibu dah makan ubat ke belum, ibu macamana?
Haritu juga, aku kata pada abah, abah dah sihat sikit, abah pula kena jaga ibu, kalau ibu sakit, kalau ibu pergi...kami tak mampu nak jaga abah macam ibu jaga abah, dan kerana kerja, mungkin kami kena hantar abah kerumah orang tua. Itu kenyataan yang pahit.
Abah pernah merayau naik bas sampai ke Sg Putat, dan akhirnya ibu kena ambil abah malam-malam yang hujan pula tu, ibu tak boleh memandu malam kerana penglihatan ibu makin rosak akibat diabetik. Aku jadi marah pada abah, abah yang tak fikir kami amat risau pada dia, abah yang tak fikir tentang ibu.
Abah selalu kata jangan usik duit abah, nanti kalau abah merempat nak makan apa. Aku jadi marah, ibu tak pernah membiarkan kami tiada makanan, sampai kami ni semua jadi obesiti sebab ibu suka masak, ibu selalu risau bila kami keluar rumah, dan ibu paling risau tentang abah. bagi aku abah cuma akan berakhir dengan tiada tempat tinggal kalau abah keluar rumah dan tak tahu jalan pulang.
Memang kemungkinan tu ada, sebab abah kadangkala tak angkat telefon bila ibu telefon bertanya abah dimana, dan abah juga masih susah nak guna telefon walaupun dah berkali beli telefon baru dan berkali juga beritahu abah bagaimana nak guna telefon. Telefon ibu dah rosak tidak berganti.
Teringat aku,mendiang apek cina jiran sebelah rumah ibu dulu, selalu merayau, kami salahkan anaknya yang tidak menjaganya. Aku lihat abah, tak jauh beza dengan apek tu, merayau membawa beg. Bila aku tengok orang tua ditepi-tepi jalan, barulah aku faham dan terfikir, mungkin nasib tu mereka yang pilih.
Satu cara je nak selamatkan abah, kunci pintu tak bagi abah keluar, atau rantai kaki abah..
Tapi dengan cara tu, abah akan hilang kewarasan yang masih berbaki pada abah.
acik kita kena sabar.. nak belikan abah ke ibu iphone
ReplyDeletebelikan dua2 opss..tiga ..acik nak sbijik gak
ReplyDelete