Wednesday, April 18, 2012

Ibu, srikandi kami

Iqa, Ibu dan angah, waktu kami ke pulau pangkor 2011

Ibu adalah teman hidup abah yang paling akrab. Walau aku bukanlah akrab dengan ibu, dan juga bukan seorang anak yang lemah lembut kepada dua ibu bapanya, akhir-akhir ini, aku banyak belajar tentang ibu dan abah. Ibu, cinta nya pada abah, tidak bertepi. Dan ibu kini umpama nyawa abah. Abah tak boleh berenggang dengan ibu, akan resah lah abah, walaupun sekejap.

Bukan tidak pernah ibu meluahkan bosan dengan keadaan begini. Kerana kami manusia, kami juga kadangkala mengeluh, dengan keadaan abah. Ibu lebih lagi, sebelum abah kena strok, ibu adalah wanita yang amat berdikari, biasa dengan ketiadaan abah. Lantas bila keadaan ini terjadi, ianya merubah kehidupan ibu. Abah perlukan ibu, 24 jam.

Dari ibu, aku belajar erti setia. Aku belajar betapa hampir walinya letak seorang isteri. Walaupun bukan sekali dua ibu mengalir air mata kerana abah, namun ibu tetap bersama abah. Ibu layan semua kehendak abah. Abah yang permintaannya kena ditunai segera mengalahkan jaminan 30 minit pizza dominos. Bila abah nak sesuatu, superman pun akan mengalah. Abah, sudah agak tidak rasional, jadi kadang-kadang kata-katanya tidak sedap didengar, tapi ibu, kerana makamnya seorang isteri, sedihnya cuma beberapa detik, terasanya cuma beberapa saat, ibu akan tetap melayan kehendak abah.

Kadangkala bila aku tiada, ibulah yang memandu jam 2pagi membawa abah menjamah tosei dikedai mamak. Walaupun penglihatan ibu kini semakin lemah.

Minggu ni, 19 dan 25hb adalah tarikh pemeriksaan mata buat ibu dihospital, ibu pengidap diabetik yang serius. 9hb 5 ibu akan menjalani pembedahan mata, untuk membuang katarak akibat diabetik. Ibu mungkin akan berada di wad. Bagaimana abah dirumah?

Abah pasti akan memanggil-manggil ibu, abah pasti akan resah dengan hilang sebentarnya ibu.

Kadangkala aku terfikir, bagaimana kalau ibu pergi dulu? Subhanallah, moga tuhan iring kan juga ketabahan buat kami, andai itu berlaku.

2 comments:

  1. Replies
    1. Hmm... Bapak aku pun dah makin x sihat. Tidur selalu kena pakai oksigen. Malam2 mak aku kena standby sebelah dia... Takut apa2 terjadi. Mak aku makin kurus. Nak jaga bapak aku, layan kerenah nenek aku, jaga cucu lagi. Kalau fikirkan nasib mak aku, mmg aku rasa sebak giler. Sebab x pernah rasa nak berehat langsung. Dari muda sampai tua hidup dia kena berkorban untuk org lain. Syukur la mak aku sihat. Kalau dia pun x sihat aku tak tau la nak buat apa.

      Delete