waktu ni menunggu angah di plaza tol kajang, abah dah marah-marah dah. |
kata ibu, mungkin lepas ni kalau ada kenduri kahwin lagi, ibu akan tumpang anak saudaranya dan pergi sekadar balik hari. Dan abah akan dibawah jagaan aku sepenuhnya, sepanjang ketiadaan ibu. |
Dulu abah suka travel, amat suka. Selalu bawa kami berjalan-jalan, abah selalu kata abah suka bawa van, sebab mudah nak bawa jalan-jalan, kalau atur kerusi, dalam van boleh bentang tilam, tidak perlu hotel.
Tapi sekarang, travel membebankan abah. Lebih-lebih lagi sejak abah hampir kena stroke kali kedua, abah hanya mampu tidur sahaja. Pergerakan abah amat terbatas, sikap sabar pula dah tinggal seinci cuma.
Dalam kereta lama-lama, memenatkan abah. Dan kalau waktu tu abah dah letih, abah akan cranky, abah mudah marah, silap-silap abah nak memandu, agar cepat sampai. Dan menunggu juga amat sukar bagi abah. Abah tak boleh duduk lama.
Abah..abah.
tapi abah kata nak pegi port dickson
ReplyDelete