Tuesday, April 17, 2012

moga sabar tidak bertepi

malam ni seperti biasa aku bawa abah supper dikedai mamak. aku tengok abah biasanya cuma berselera makan dikedai mamak,tak tahu kenapa.

tiba-tiba sebelum makanan sampai abah hentak-hentak meja dengan tangan kirinya. terkejut,aku tanya abah kenapa.

kata abah,abah marah sebab sakit abah tak sembuh-sembuh,abah kata tuhan tak habis-habis lagi seksa abah,puas abah amalkan doa,nasihat orang alim tu membohong,puas abah makan ubat semua tabib menipu.

aku kata pada abah...

"kalau abah sabar..tuhan bagi syurga"

jawab abah...

"sabar abah dah habis"

akhirnya aku diam,biarkan abah mengomel. andai omelan itu boleh kurangkan sedikit derita abah. aku tahu,bukan mudah abah melansungkan hidupnya sekarang.


Published with Blogger-droid v2.0.3

1 comment:

  1. abah dah lebih baik dari tarikh 14 Disember 2010..umur abah dah 70 lebih..nabi s.a.w pun sampai 60 je..

    ReplyDelete