Sejak akhir, akhir ni, abah suka pergi ocean. Abah pergi pukul 11 pagi dan kemudian akan minta aku ambilnya dalam jam 6 petang.
Aku lihat disana ada golongan orang tua yang berkumpul main dam. Berbual-bual sesama sendiri. Tapi kadangkala aku juga dapat menangkap senyum-senyum sinis dikalangan mereka terhadap abah.
Aku tahu abah bukan orang tua biasa, yang tua kerana usia, abah tua kerana stroke. Abah sedikit nyanyuk kerana stroke. Meninggalkan abah di stesyen bas lama tu setiap hari kadangkala mengundang resah aku. Abah tetap nak pergi Ocean. Kalau aku tak hantar, abah akan kesana naik bas.
Risau andai abah jatuh dimana-mana, risau andai abah diragut atau dirompak, risau abah ditipu dan dibawa entah kemana. Risau andai abah buat yang bukan-bukan.
Kerana tak mampu berbuat apa-apa, aku cuma berdoa sahaja, moga abah selamat pulang setiap hari.
Kita hanya mampu berdoa..
ReplyDeleteAssalam..ayah acik apakabar/ Akak terbaca blog ni dan amat terharu. Apakah ayah acik semakin pulih? InsyaAllah..banyakkan doa dan usaha.
ReplyDeletewasalam, abah tidak pulih sepenuhnya, terutama selepas pemergian ibu setahun yang lepas. Fizikal abah 95% ok, namun psikologi tidak seperti abah yang dulu.
DeleteSalam,
ReplyDeleteSaya pun nak tahu cerita abah
Salam Acik,
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini.
Semoga kita tabah menghadapi ketentuan ilahi.
salam, terima kasih, inshaallah :)
Delete