Friday, August 5, 2011

Bawa abah pergi Mydin!

Okay, abah tak gemar pergi pusat membeli belah, abah dulu malah masa sihat pun tak pernah pergi Jusco ataupun Tesco, dan Mydin juga. Abah tak suka sebab kata abah, barang-barang tu boleh dapat dikedai-kedai biasa, malah lebih murah dan malah boleh dirunding harganya. Abah antara lelaki yang memang suka tawar menawar, sampai apek kedai tu terdiam, hahaha..

Harini lepas bawa abah pergi fisio dan ibu pergi klinik kesihatan, kami ke mydin, selalunya kami sekadar tunggu ibu dikereta, tetapi ibu minta aku juga mencari beberapa barang keperluan, ibu sehari lepas dirawat akibat kesan diabetik..ibu dah cergas macam biasa, walhal aku tahu ibu masih sakit. Masuk sahaja Mydin, ibu pergi ke pasaraya, dan abah matanya bersinar bila nampak jualan pakaian, abah nak beli seluar track..lagi. Dan kemudian abah membelek-belek dikedai buku.


Aku kemudian dudukkan abah di ruang Food Court, aku beli barang keperluan secepat mungkin. Keluar, dan kemudian menyertai abah menunggu ibu. Abah agak teruja apabila aku beritahu abah diatas ada jual pakaian, abah nak!

Tapi kami ketandas dulu,sekarang tak susah sangat, tandas OKU sentiasa ada, tandas OKU selalunya bersih kerana tiada pengguna, dan aku boleh temankan abah, kalau abah perlukan. Yela, aku selalu risau kalau lepaskan abah ke tandas lelaki, sukar abah nak panggil aku kalau apa-apa, dan aku pula takkanlah sesuka hati nak masuk!


Naik atas, abah takut-takut dengan eskalator, aku pegang belakang abah, dan tiba diatas, abah pun dengan gembiranya beli kasut..lagi, dan seluar track.


Kali ni, ibu pula menunggu abah! Hahah. Bukan mudah nak jumpa situasi sisteri menunggu suami shopping.

Dalam perjalanan pulang kerumah, dalam kereta, kata abah..Mydin ni bagus juga, barang pun banyak harga pun ok, dan ibu mula mempromosi tentang Mydin..parkir banyak..barang harga borong..kedai makanan ada...

Dan aku rasa mungkin abah akan melupakan Melaka Sentral buat seketika.

5 comments:

  1. Next year dekat2 rumah along dah ada Mydin..bolehlah abah pergi pulak..hehe.

    ReplyDelete
  2. long...nak pergi umah along tu mungkin..agak susah skitgla..abah takleh duduk dalam keta lama.

    amp..hehehehehe

    ReplyDelete
  3. Kt Kinrara pun ada Mydin...bila baca blog ni rasa malam ni juga nak ambil abah kat Melaka

    ReplyDelete
  4. baru lepas pergi mydin kat uda jb.

    ReplyDelete