Monday, September 12, 2011

Abah suka kenduri kahwin


 

Abah gembira kalau di kenduri kahwin, jumpa saudara-saudara yang sekarang ni dah sukar abah nak jumpa. Sekarang ni aku sedar, hidup abah lebih banyak terpaksa berdiam dirumah. Kadangkala seolah ditinggalkan, sebab abah tak boleh memandu lagi, sekadar harap anak-anak dan isteri untuk kemana-mana.

Bila aku balik rumah dari sekolah, aku tengok abah siap-siap nak solat, lepas tu abah menonton tv, lepas tu abah tidur. Pagi pergi sarapan dengan ibu, balik makan ubat, tidur. Dan aku kesekolah, petang abah mengeteh di kedai mamak, tapi sejak akhir-akhir ni abah dah tak mahu mengeteh di kedai mamak tu, abah syak abah kena batuk-batuk sebab kedai tu kotor, jadi abah ajak ke kedai yang diatas sikit, kalau aku tiada, ibu bawa. Lepas tu tiba lah maghrib,begitulah rutin abah.

Abah sayu lepas anak-anak balik, syawal haritu, abah kata rumah dah sunyi. Dan esoknya, abah mula bertanya aku bila adik dan angah nak balik. Terkelu juga aku, bukan baru semalam rumah ni riuh dengan adik beradik..abah mula mengharap mereka pulang menjenguk abah lagi.

Abah kata dengan aku, abah nak berkebun, nak beli tanah 1 lot, nak bercucuk tanam sikit. Aku senyap je, tak tahu nak cakap apa. Aku tahu, kalau aku pun mesti bosan, tapi kalau aku, letak je komputer kat depan, aku dah tak hirau dunia, tapi abah..memang dari dulu suka berjalan, dan hidup abah sekarang, buat abah banyak sedih dan sayu.

Dan, aku pun sejak abah kena strok, aku rasa..dah tiada apa yang buat aku gembira.

1 comment:

  1. Along pun rasa abah kena ada satu hobi yg boleh melekakan abah..kalau tak mmg bosan. Sebab tu along ingat nak suruh ayu introduce internet kat abah tapi abah kata mata abah tak nampak sgt..kalau senang bawalah abah pergi klinik kerajaan untuk refer pakar, abah dah setuju. Kalau abah dapat bercucuk tanam bagus juga..itu minat abah..dan terapi yg baik untuk org strok..tapi camne ya..

    ReplyDelete