Wednesday, February 2, 2011

Gambar 3

Aku rasa ini adalah pose abah yang paling hebat sekali, sebab abah tengah bengang aku asyik ambil gambar abah. Bila abah tengok gambar ni, abah mengeluh yang abah nampak kurus sangat.

Paling best bila nampak abah dah boleh bertatih guna tongat kaki empat ni, tapi tak boleh lama, sebab abah cepat rasa penat, abah kata kaki kiri abah berat sangat.

Ini tandas abah, kalau tandas duduk memang tak selamat, sebab abah belum stabil lagi imbangan dia. Rupa-rupanya pelbagai jenis kerusi roda yang dijual di Farmasi Apex Jalan Bendahara, Melaka. Kami rasa kerusi ni lebih sesuai, dan memang kelihatan solid, harga biasa rm530, tapi along dapat diskaun hampir separuh harga. Kerusi ni akan menjadi turun temurun rasanya, yelah bila sampai masanya, akan ada yang perlu.

Ini adalah semua jus yang abah ambil, sebenarnya tak digalakkan sangat dan kami harus hantaar preskripsi ke farmasi dulu, sebab abah ambil ubat Warfarin, cuma jus Tok Guru saja yang sempat aku ajukan ke doktor, dan telah pun dibenarkan. Yang lain tu kami tawakal saja, lagi pun abah macam dah stabil. Sekarang ni yang memang rutin kami bagi ialah jus Monavie dan jus Tok Guru.

4 comments:

  1. Seronok tengok abah dah makin stabil..Allah saja balas jasa Ayu dan ibu!

    ReplyDelete
  2. abah tunggu ko dari hari jumaat yang kau balik haritu, pening aku mendengar dia tanya kau dah sampai ke belum, apsal kau lambat sampai..cnggitulah lebih kurang.

    ReplyDelete
  3. tumpng tye,ape name kerusi roda tandas tu?farmasi tu wat post delivery x??fatimahtajuddin86@yahoo.com

    ReplyDelete