Wednesday, January 12, 2011

Bila tak mampu berdiri

Hari jumaat ni abah akan discharge. Jumaat lepas sebabkan aku letih dan demam, aku ambil MC. Tak aku sangka orang pejabat macam kecoh dengan MC aku. Dan GPK aku pun macam sinis bila tanya aku dah sihat ke tidak. Aku sedar rekod aku dari dulu, memang aku selalu MC, tapi aku tak pernah beli MC. Dan aku tahu GPK tu pun dah lupa bila hari pertama aku beritahu yang ayah aku kena stroke dan ada waktu aku kena jaga abah. Dan ada orang yang faham pengalaman orang yang tersayang menghidap stroke, mereka akan faham, tapi yang tak faham, kadang-kadang buat aku lebih sakit hati. Pertanyaan..seperti..

"Ayah dah baik?....ish tak keluar wad lagi..?" Pertanyaan macam ni lebih aku buat sakit hati, apa ingat abah demam ke? atau paling bagus..pertanyaan seperti..

"Abah sakit lagi?"  masa ni lah aku nak keluarkan kata-kata kesat dalam hati. Ingat abah aku demam selsema ke bagi ubat boleh baik. Silap-silap 6 tahun lagi je baru abah boleh jalan kembali. Tai aku sedar mereka tak faham, walau sekelumit pun.

Tahun baru berlalu macam pergi buang sampah ke tong sampah je. Dunia bagi aku terus berputar, tapi aku tak peduli. Kadang-kadang aku mengharap kan ajaib juga bila bertanya khabar pada ibu. yang kini menjaga abah. Kadang-kadang pagi atau petang lepas pulang  dari sekolah aku ke hospital. Dan melihat abah yang kadangkala semakin lemah, juga kadangkala buat aku putus asa.

Tak siapa faham.

Dan bila kenangkan cuma adik saja yang sanggup ambil cuti untuk uruskan abah yang discharge, aku rasa sayu. Dan aku juga tahu, bila abah dah keluar wad, segalanya bergantung pada aku dan ibu. Masa ni aku menyumpah juga kenapa aku tak dilahirkan sebagai lelaki, tak payah harap sesiapa, boleh saja aku rangkul abah dan letak di kerusi roda, nak mandi ke nak berjalan ke, cakaplah aku akan bawa. Tapi realitinya aku perempuan, kederat setakat mana.

Ya, semua orang ada kehidupan masing-masing, dan kalau aku pun fikir macam tu, boleh je aku buat tak tahu dengan ibu dan abah. Wei, aku pun ada life, aku pun nak pergi tengok wayang, nak tidur puas-puas, nak main game, tapi sanggup ke nak biarkan hanya ibu melayan abah? Ibu yang diabetik, dan segala. Abah tetap abah, abah yang kena stroke, yang kerenahnya pelbagai. Aku berharap juga supaya aku sanggup biar abah meminta itu dan ini, mengeluh setiap saat, tapi telinga ni tak mampu tuli.

Maaf, malam ni aku agak tertekan, dan realitinya, aku cuma menulis blog ni bila aku rasa tertekan.Pulang dari hospital, jam 9 malam, letih dengan kerja sekolah , tidur sekadar jam 12 atau 1, dan esok pagi perlu ke farmasi, bank untuk uruskan keperluan. Uruskan apa-apa yang diminta ibu. Nak menangis rasanya nak tunggu hari minggu, supaya tak perlu pergi kerja. Dan bila letih, tidur bukanlah mudah bagi aku, sebab otak mula laju berfikir.

Kadang-kadang aku pun rasa nak lari, nak kata kereta rosak jadi tak perlu balik jenguk abah. Tapi bila tak mampu berbuat apa-apa, dan bila aku rasa letih bercerita pada orang yang tak faham, air mata jelah yang tinggal.

Ada orang kat sekolah dah pandang sinis, bila aku mula jadi orang pertama nak punch balik dari sekolah. Perlukah aku cerita yang aku berkejar ke Hospital? Tak perlu memahamkan orang yang takkan faham seperti mana aku faham.

Abah discharge, berita baik, tak perlu ke Hospital, tak perlu risau kesihatan ibu yang menjaga abah 24 jam di sana, tapi entahlah apa pula yang berlaku dirumah. Ya, aku juga mengharapkan ajaib supaya semuanya akan baik saja. Tapi yang ajaib tu ta mudah datang.

Teruk tak teruk, housemate aku kata muka aku dah macam husband mati pucuk setiap kali balik rumah.

Susahkan nak bagi hati ni redha dengan ujian tuhan.

3 comments:

  1. baling je keris abah kat staff ko tu

    ReplyDelete
  2. Memang tak paham dengan orang yang kurang memahami. Diharapkan banyak bersabar, walaupun sebenarnya aku pun nak tolong ko titik manusia2 jahanam yg bagi komen sinis kat ko.

    A piece of advice:
    Jagalah kesihatan. Parents ko dua2 pun tak sihat. Ko sorang je kat Melaka. Nak tak nak, tanggungjawab ko lebih sikit.

    Kalau ko sakit siapa pulak nak jenguk? Siapa nak jaga?

    ReplyDelete