Saturday, January 15, 2011

Lembaran baru kini bermula

Abah telah pun keluar dari wad semalam. Aku lihat ibu amat lemah sekali selepas menguruskan proses abah keluar wad. Kalini kami agak bersedia, berbanding kali pertama abah discharge yang segalanya amat kelam kabut sekali. Kali ni walaupun tidak sesempurna mana, tapi aku rasa lebih baik dari 3 minggu lepas. Dan setiap kali aku melihat abah lemah tak berupaya, hati aku bagai disiat dan merintih. Susahnya nak terima dugaan tuhan ni, susahnya nak redha.

Jam dirumah aku hampir kesemuanya dah habis bateri, dah kaku. Macam kakunya sisi kiri abah. Abah peminat jam dinding, abah yang akan beli jam dinding, abah juga yang akan pastikan semua jam tu berfungsi. Mungkin orang kata, alah benda kecil pun nak jadi isu. Bukan isu, aku boleh je minta sesiapa panjat dan pasang bateri, tapi benda kecil macam ni yang dulu aku selalu lepas pandang kini jadi sesuatu yang buat aku sayu. Hati..sila kuat.

Sesampainya abah dirumah, masa tu waktu orang sembahyang jumaat. Kami ambil ambulan dari MAHSA, perkhidmatan ambulan, Dari Hospital Jasin ke Bukit Beruang, rm150. Resit dia aku sangkut tepi dinding, mungkin esok lusa, perkhidmatan ni kami gunakan lagi, kata ibu JPAM juga sediakan perkhidmatan ini dan ianya percuma, tak apalah, peringatan ini ku simpan sebagai ilmu.

Mulanya abah malam tu agak menguji kesabaran ku juga, sebab dia masih mengharapkan anak-anak yang lain untuk datang jaga dia. Terasa pula aku yang disisi ni tak diperlukan, rasa jugak nak angkat kaki balik je. Nasib orang-orang yang aku sms banyak menenangkan aku, abah bukan stabil sangat emosi, kalau turutkan emosi abah, aku juga akan jadi tak rasional. Marah dengan abah dan marah dengan takdir pun ada. Biasalah, syaitan dekat je bila waktu emosi tak stabil ni.

Hati, sila ingat..kita ni hamba, Allah uji sikit je ni.

Petang tu, Pakcik makmor dan isteri, adalah jiran ibu yang anak nya membesar sama dengan aku, pakcik makmor pasangkan takal dan tali dibilik aku, katanya dia pernah jaga ayahnya yang kena stroke lebih teruk dari abah, alhamdulillah senaman guna tali dan takal tu banyak merubah keadaan ayahnya. Masa ni baru aku sedar, pentingnya jiran-jiran.

Ni tandas rumah yang diubah suai agar kerusi roda abah boleh masuk dan mudah untuk kami mandikan abah. Stroke merubah hidup dan juga rumah anda, ye.

Takal nilah yang dipasang, dan aku suka bila pagi ni tengok abah terpaksa buat senaman, yelah, terasa pula macam aku ni jurulatih biggest loser, wakaka.

Harini dah tiga kali aku pindahkan abah dari kerusi roda ke katil dan sebaliknya, kali ke 3 tu agak gagal sampai kena panggil orang yang sedang ubahsuai bilik mandi tu, rasanya mungkin sebab abah dah agak lemah bila tiba waktu petang, dan posisi kerusi roda yang agak silap.

Petang ni memang abah agak lemah, kurang makan dan minum, mungkin kerana abah rasa sukar untuk betulkan posisi duduk waktu makan dan minum, atau mungkin juga banyak bergerak buat abah lemah.

Rasanya esok mungkin lebih elok kami mula balik bagi abah susu Ensure, susu tu cukup dan kenyang bagi abah. Munkin perlu guna straw saja untuk memudahkan.

Ah, memory card reader lupa bawa pula..hmm.Sekarang aku jadi nomad, jadi keperluan asyiklah ter salah atau terlupa ambil.

3 comments:

  1. Tak boleh bayangkan apa jadi pada abah dan ibu kalau Ayu takde di situ..sesungguhnya Ayu yang paling berjasa pada mereka..

    Psstt..resit2 semua jgn buang, boleh dpt pengecualian cukai incometax nanti..

    ReplyDelete
  2. along, along banyak tolong dari segi financial, klau harap ayu, bab financial tu memang takder. Semua kita sedang cuba yang terbaik untuk abah. Sekarang ni kadang-kadang ayu banyak juga tak berapa layan kerenah abah, sian kat abah.

    ReplyDelete
  3. sabar-sabar, aku doakan abah cepat sembuh

    ReplyDelete