Tangan abah dah boleh gerak bila abah mula nak fokus, cuma jari-jari yang amat lemah, kaki kiri juga perlukan fiso yang kerap. Mulai minggu ni, ibu lah yang take over jaga abah 24/7. Ya, dugaan ni amat berat bagi kami. Kami tak pernah bersedia untuk melihat abah tiba-tiba amat bergantung pada kami, walau pun sekadar untuk lapkan bibir.
Aku yang selama ni amat tak gemar benda-benda teknikal dan memang amat tak gemar bertanggungjawab pada sesetengah situasi, menjadi terpaksa dan belajar untuk menerima. Benarlah hidup ni penuh dengan ketidaksangkaan.
Abah hampir bukan lagi yang kami kenal, fizikal atau emosinya. Abah yang tenang dulu, boleh saja marah-marah pada perkara-perkara yang tidak masuk akal, sifat pendiam abah apatah lagi, tiada. Abah umpama seseorang yang kami tak kenal sebelum ni. Dan secara seriusnya, aku hampir lupa bagaimana sikap abah yang dulu. Atau lebih tepat, bagaimana abah yang dulu.
Aku tahu, fisio dan segalanya akan membantu abah, tapi adakah abah yang dulu akan kembali? Mental abah akan pulih kah, menjadi abah yang dulu? Kadang-kadang abah manjadi abah yang dulu tapi sekadar seminit dua. Rindu pada abah yang dulu, memang amat. Kata ibu, abah pulang ke kampung sihat, tapi sekarang tiba-tiba segalanya berubah.
Ah, kalau nak fikir sedih, semua orang sedih. Tak larat nak tahan air mata, kadang-kadang bila berbual dengan abah di wad, tapi paling sayu bila lihat abah sebak dan menitis air mata waktu adik datang dengan baju pengantin dia. Abah pegang tangan abang adan, minta abang adan cari sesiapa yang boleh ubat abah, abah seolah nak berkata dia hampir tidak tahan dengan ujian tuhan kali ni. Abah tak pernah ..tak pernah seumur hidup menangis didepan kami, tapi hariitu ia terjadi.
Aku teringat buku doa angin ahmar..tajuknya..Doa penawar angin ahmar (satu penyakit yang dasyat, menyebab lumpuh). Tepat sekali tajuknya, penyakit ini amat dasyat, ada orang kata....ajal itu kadangkala lebih elok dari terkena penyakit ini.
Namun, aku yakin, fizikal abah akan pulih, kerana abah dah tunjuk tanda-tanda itu. Cuma emosi dan mental abah, yang aku rasa macam tak nampak jalan, sukar. Dan menjaga abah juga, perlukan mental yang kuat. Aku risau, ibu yang sekarang terpaksa jaga abah, ibu juga tak sihat. Aku dah kerja, risau aku hanya tuhan yang tahu. Kini baru aku faham, kenapa Dr. Helmi pernah bergurau bertanyakan aku samada aku perlukan bantuan doktor pskiatri atau tidak. Aku yakin dia pernah lihat sesuatu yang lebih teruk dari ini.
Pahit untuk kita telan..tapi along yakin ada sinar selepas ini..
ReplyDeleteSetuju dgn Hliza
ReplyDeletesaya juga merasai saat ini bila bonda yg dikasihi diserang strok otak. dah hampir 1 tahun 2 bulan ibu masih terlantar di Hosp KPJ Tawakal KL
ReplyDelete