Thursday, December 30, 2010

The phase is over

2 minggu yang kritikal dah pun berlalu. Abah kami semua dah rasa tenang, cuma keletihan kadangkala, yeah, antara nak jaga abah dan juga majlis adik.

Abah aku rasa dah patut jalani fisio, tapi entahla, pusat rehab yang kami sangka wujud dihospital jasin pun macam tak wujud, cuma hospital jasin tu lebih selesa buat abah.

Malam ni abah tinggal seorang tanpa jagaan kami. Kerana esok aku ada meeting, dan along baru saja sampai dari Ipoh. Aku tak tenteram juga dirumah ni memikirkan abah, abah memang masih perlukan jagaan untuk makan dan minum dan juga tengokkan kebersihan. Tapi malam ni kami tiada pilihan.

Jam 4 pagi ni along akan ke hospital Jasin. Cepatlah pukul 4 pagi.

Tuesday, December 28, 2010

Hari ke 14

Dah masuk minggu kedua, abah dah boleh minum sendiri pakai cawan, dan makan roti sikit-sikit serta bubur. Penjagaan abah dah tak begitu cerewet, tapi timbul masalah baru, abah agak agresif sedikit sekarang. Mungkin 3 hari yang kami ke terengganu, abah amat selesa dengan penjagaan angah. Angah mandikan abah dan bawa abah jalan-jalan naik kerusi roda setiap hari, ya sesuatu yang aku amat tak mampu,

Abh amat cranky dengan aku sekarang dan aku hampir putus asa, dan ya, mungkin juga keletihan travel hujung minggu yang lepas, emnyebabakan aku makin tipis sabar.

Tidur 3 jam saja tak mencukupi bagi aku, tapi masalahnya kalau waktu siang saja aku tidur, manalah boleh cover tidur malam. Dan waktu malam dengan abah..menjadi amat panjang bagi aku.

Abah asyik meminta aku bawanya pulang rumah, atau siang abah asyik emminta aku menaikkan dia ke kerusi roda, minta mandi dan jalan. AKu tak bolek, aku tak berdaya.

Tuhan, berikan aku segunung sabar lagi.

Friday, December 24, 2010

Hari ke 10

Harini sesuatu yang pasti, daya berfikir abah semakin lemah, dan abah mula berimaginasi, atau perkataan yang mudah, abah mula nyanyuk. Pagi ni untuk kepastian, aku tanya doktor betul-betul, sebenarnya lebih kepada berharap bahawa ianya kesan ubat, bukan disebabkan stroke. Tapi ya, stroke abah sepertri kata doktor adalah serius, maka kesannya juga terkena pada otak. Kadang-kadang abah akan rasional dan kadang-kadang abah akan mula merapu. Aku rasa dekat wad tu sekarang, abah yang mula memberi gangguan, berkali-kali memanggil aku mengajak aku pindah ke wad lain, atau pun balik kerumah aku.

Aku dapat cam, kalau abah ajak balik kerumah aku, maksudnya abah sedang tak rasional, hati dia hendak tinggal dirumah aku, tapi rasionalnya tahu dia takkan tinggalkan ibu (sila rujuk perbualan aku dan abah di entry hari ke 8).

Menjaga abah diwaktu malam adalah cabaran yang agak sukar juga, abah amat cranky, abah sukar nak lelapkan mata, dan kata-kata abah kadangkala agak keras, namun aku tahu aku tak boleh ambil hati dengan kata-kata abah, sebab ianya adalah diluar kesedaran abah. Berkali abah kata, abah nak bangun, abah nak berjalan, abah nak berlari..


Harini juga ada dua kemusykilan. Satu, abah masih sakit sendi di kedua-dua tapak  dan hujung jemari kaki abah, mula sejak dua malam yang lepas, sakit sangat hingga abah mengerang panggil nurse, abah kata abah tak pernah sakit sendi yang begini, bila aku tanya Dr. H yang incharge abah, dia kata itu perkara biasa sebab tak bergerak, tapi kenapa kaki kanan juga sakit, walhal kaki kanan tu amat aktif. Bila kutanya doktor khairiyah yang dair unit sakit stroke ni, dia kata ni bukan perkara biasa bagi pesakit stroke, dia minta aku tanya doktor lain. Tetap, mereka sekadar bagi abah pain killer bila abah mengerang sakit. Perkara dua, sejak petang semalam, abah syik berpeluh dingin, sampai basah dibahagian leher dan baju abah, muka abah pun nampak pucat. Dan kemudiannya pada jam 4pagi, aku baru sedar, badan abah panas, macam demam, tidak sejuk seperti dari petang tadi. Bila aku tanya Dr H, katanya sebab tindak balas jangkitan paru-paru tu.

Oh ya mulai malam tadi abah diberi Warfarin, tapi kata Dr H, demam dan peluh dingin bukan kesan atau gejala warfarin.

Harap, semuanya akan stabil, aku nak sakit abah sembuh. Dan sekurangnya abah boleh makan guna mulut, dan duduk, itupun dah cukup mengurangkan derita abah.


Harini adik jaga abah, aku rehat dirumah. Dan esok kami akan bertolak ke Terengganu, adik akan nikah.  Tanpa abah.Aduh sedihnya hati. Along akan jaga abah, sehingg hari ahad ni.


Tuhan, tabahkan hati hati kami.

Gambar abah bersama kami, waktu kami ke terengganu untuk pertunangan adik buat aku sebak.

Thursday, December 23, 2010

Feeding, B.O dan..

Nak juga aku tulis pasal feeding kan. Feeding adalah amat penting, sebab tanpa feeding proses, umpama abah tak makan. Masa minggu pertama dulu memang kami adik beradik yang agak bengong ni, telah menyuap abah menggunkan straw sedikit demi sedikit air mineral, dan juga mengikut kehendak abah yang nak air milo kotak dan juga air teh ais. Lalu akibatnya, abah sakit dada dan paru-paru abah dijangkiti. Sakit dada abah tu, aku rasa amat sakit, hingga pada malam yang sebelum paginya kami menelefon ambulan, abah mengerang sakit dada sambil mengeluh seksa, dan aku tahu abah tak mudah mengaku sakit. Dulu masa kecik abah pernah halau aku dari dalam bilik sebab aku bertanya abah samaada abah sakit ke sebab aku nampak depan mata aku abah kena gigit penyengat.

Jadi kami diperkenalkan dengan feeding melalui tiub yang dimasukkan kehidung abah dan terus ke perut. Proses masuk tu memang seksa, sampai berair-air mata dan kemreahan muka abah.

Mulanya kami adik beradik rasa apalah teknikalnya feeding ni, kena sedut sikit dengan picagari, nak uji samada abah terlalu kenyang atau tidak, dan kena pastikan kalau penutup tiub dibuka, jari kami kepit hujung tiub yang dekat penutupnya supaya udara tak masuk, lepas tu setiap kali sebelum feeding kena masukkan 10ml air kosong dulu untuk bilas tiub tu, supaya tiada susu basi didalamnya. Dan kemudian masukkan susu yang dah dibancuh dengan air mengikut sukatan  yang diberikan oleh doktor dari masa ke semasa. Mereka akan mula dari 2 scoops susu dan 50ml air. Lepas dah habiskan masuk susu kedalam tiub tu, kena sekali lagi masukkan air 10ml atau lebih, untuk pastikan tiubnya tiada susu tersisa.

Setelah beberapa kali buat feeding, aku rasa dah okay dah, cuma aku akan cuak bila nampak benda lain selain air putih atau jernih yang disedut oleh picagari sebelum feeding. Nurse kata tu ubat dan kena sedut tengok berapa banyak yang ada. tapi doktor pula kata, flush je dengan air kosong. Tapi bila aku ingat balik, nurse kata kalau yang air atau susu tu keluar baru sedut habis.

Feeding awal ialah 6 jam sekali, tapi sekarang mulai hari kedua di wad a-g abah dah pun 4 jam sekali.

Okay habis part tentang feeding.

B.O, yaa..hari ni pertama kali kemaskan abah B.O, setelah hampir seminggu abah tak B.O. Separuh dari aku gembira sebab abah B.O, kerana makudnya abah dah buang toksin yang lama dalam badan abah tu, separuh lagi aku akui nak kemaskan B.O bukanlah mudah, kena banyak guna tisu basah, aku pernha tengok kat sini nurse guna kertas warna coklat, mungkin tu lebih murah. Korang agak B.O tu apa? Teka sendirilah.lol

Tadi aku dengar ibu bagitahu along, abah tanya pampers tu mahal ke, ibu jawab mahallah jugak. Aduh, aku rasa kurang enak je dengan jawapan ibu tu. harga pampers brand TENA, rm26.90 di farmasi, abah pakai dalam 3 dua hari tak silap aku. Setakat ni dari isnin sampai kahmais abah dah pakai 3 bungkus pek pampers. Jadi seminggu mungkin 5 bungkus lah. Nak selamat. Susu Ensure, aku tak pasti berapa tapi tak silap aku along cakap dalam rm60, enath betul tidak, aku pun lupa. Wipe tissue, sekotak kecil rm3.60 kat 7-eleven. Hmm...tinggi kan kos ni.

Tapi aku rasa kalau semua wang pencen abah digunakan untuk ini, aku rasa tiada masalah.

Ya, masa ni barulah pertama kali dalam hidup aku, aku agak kesal, kenapa aku tak belajar betul-betul score gila-gila dan bukan kerja kerajaan saja. Pati hidupo ni duit tak jadi maslaah. Dan satu pengajaran aku, aku kena beli insuran, serius.

Sekarang ni, taip sms pun aku dah rasa makan masa sangat, bila tak jaga abah, baik aku pergi tidur.Dan yeah..malam ni apek tak waras tu dah discharge, dan couple kat sebelah aku tu dah pindah katil agak jauh sikit dari abah, yuhuuu...tenang sikit.

Esok nanti..di hospital jasin macamana pula agaknya. Dan hospital jasin memang jauh dari rumah aku dan rumah ibu..macamana pula cabarannya nanti.

Hari ke 9?

Aku rasa harini telah mula sampai detik aku mula tak mampu mengira hari. Adik dan along dah mula sampai kerumah, majlis adik adalah hari minggu ini.

Tadi malam along dan abang ipar aku menjaga abah, aku ke pantai kelebang bersama anak-abak buahku, ya, aku rasa ini kegembiraan aku sekarang, happy dengan diaorang.

Jadi malam ni lepa bacaan yassin dan sedikit doa selamat dirumah ibu, aku kembali menjaga abah. Entah kenapa harini siang tadi aku rasa mengantuk sangat, nasib ibu datang dan mengambil alih sekejap. Sebelum tinggalkan abah petang tu, aku, adik dan along salinkan pampers abah.

Malam ni aku datang jam 9 malam. Nurse dah bagi feeding abah. Sebaik saja aku sampai, aku agak terkejut apabila abah kata..

"Salinkan pampers abah, along dengan adik buat tak tahu je"

Okay.....aku rasa ingatan abah dah merosot. Okay, aku perlu terima ini, stroke tu dah ganggu memori dan daya berfikir abah, patutlah malam tadi kadang-kadang abah cakap benda yang tak berapa tepat.

Bila aku nak buat entry pasal feeding ni? macam tak sempat, esok mesti adik nak balik laptop ni.hmmmmmm.

Harini petang abah dah mula feeding 300ml dan 8 scoops. Oh ya, semalam aku habiskan baki susu yang abah tak nak lagi difeeding, sedap seh, terus kenyang.

Wednesday, December 22, 2010

Hari ke 8

Kalau dikira harinilah yang betullnya hari ke 8, yang sebelum ni salah. Ye aku hilang rasa tentang masa. Yang aku tahu, aku kena berada di wad untuk jaga abah, itu saja, layan abah, itu dunia aku sekarang. Dan entah kenapa walaupun memang letih, tapi aku rasa aku bahagia dengan abah. Abah mungkin naik meluat dengar aku bercerita dan memujuk abah, sebab abah cuma boleh berkata sepatah dua kata, dan aku tahu itu pun agak payah, bila dah letih, abah akan cuma angguk dan geleng.

Semalam, pagi doktor pakar datang melawat, dan memberitahu bahawa mereka mencadangkan agar kes abah di rujuk ke Hospital Jasin, disana ada pakar untuk stroke atau sebenarnya adalah pakar untuk rawatan orang-orang tua yang hilang upaya atau nyanyuk, walaupun abah bukan begitu tapi kemampuan fizikal abah dah jadi begitu akibat stroke. Dan dengarnya mulai tahun depan Hospital jasin akan dijadikan pusat rehab untuk pesakit macam abah. Ianya macam mimpi kan? Cadangan ni bagi sinar sedikit untuk family aku, cuma aku takut ianya tak seindah yang disangka.

Abah juga dicadangkan untuk mengambil ubat Warfarin untuk mengelakkan stroke berlaku lagi, dan kami sedar kiranya stroke berlaku lagi, risikonya ialah abah akan lumpuh seluruh badan. Ubat tu mencair kan darah, dan akan menjadikan sekiranya luka agak lambat untuk pulih, dan akan berlaku pendarahan semulajadi bila-bila masa waktu peringkat awal untuk menentukan dos yang sesuai untuk abah. Telan air liur juga aku dengar risikonya, rasa tak sanggup lagi nak tengok abah derita apa-apa.

Namun kami bersetuju pada kedua-dua cadangan ini. Kerana kata along, lebih banyak yang baik dari yang buruk.

Abah kerap bertanyakan adik lelaki ku (ayat macamlah aku ada adik perempaun..) aku tahu cuma adik yang mampu mendukung abah dan letak di kerusi roda, dan dengan itu akan membolehkan abah mandi di bilik air dengan kerusi roda sekali. Tapi adik cuma dapat balik khamis ni, dan aku tahu adik pastinya sibuk dengan majlis perkahwinannya. Hari penting...sungguh berat dugaan buat adik. Ya, kami sekeluarga diuji dengan abah diserang stroke secara tiba-tiba, 2 minggu sebelum majlis perkahwinan adik bongsu kami.

Oh ya, adik dan along berkampung di wad 3-2 sebaik sehari selepas dapat berita abah kena stroke. Mereka berdua jaga abah shift malam sejak hari khamis hingga sabtu lepas. Jadi cuma sejak abah masuk wad A-G, dan dijaga oleh aku, abah tak dapat mandi.

Along, adik dan aku, kami sebenarnya banyak menahan emosi. Hati ini hanya tuhan yang tahu. Abah adalah hero kami sejak kecil, abahlah segalanya, abahlah lelaki yang paling kami hormati. Tak tertanding dengan lelaki-lelaki yang hadir dalam hidup kami, walau siapa pun mereka. Abah lah yang mengajar kami solat dan mengaji, bolehnya kami membaca al-quran adalah kerana abah, tahunya kami tentang solat juga hasil didikan abah. Dan petang ahad, waktu adik perlu berlepas pulang dari rumah ibu, pertama kali dalam hidup aku, aku dengar esakkan tangis adik sewaktu bersalam dan memeluk ibu. Adik, moga perkahwinanmu amat diberkati tuhan, melahirkan zuriat yang soleh, dan kekal ke akhir hayat. Tuhan uji, kerana kau benar-benar nak jalan yang Allah redha.

Sejak semalam, abah mula feeding susu Ensure semula. Harini 200ml air dan 5 scoop susu. Aku rasa tentang feeding ni aku akan buat entri khas.

Okay, malam tadi adalah malam kedua aku bermalam dihospital, kali ni aku beli kerusi malas, dan bawa bantal kecil, kerusi malas yang abah beli untuk rumah aku dan telah aku bawa di wad 3-2 haritu, dah patah, lasak aku dan adik menjaga abah. Malam ni, abah resah, sukar nak tidur. Dan tiub feeding di hidung abah juga tercabut, dan untuk memasukkan tiub tersebut amatlah membuat abah derita. Dan selain pasangan dibelakang aku, pesakit warga emas berhampiran katil abah juga mendatangkan masalah. Dia suka menjerit merapu dimalam hari. Dan bertanya aku samada aku ada pisau, apabila aku melintas katilnya.

Aku tidur menghadap wajah abah, abah bagi isyarat supaya aku menghalau pesakit tersebut, aku balas dengan isyarat yang bermaksud..

"Nak Ayu tampar dia?"

Abah bagi isyarat angguk. Aku gelak. Ya dah seminggu aku lupa untuk ketawa. Dan abah pula entah bila aku lihat kali terakhir abah senyum atau ketawa, rindu dengan ketawa abah yang akan menyerlahkan mata sepet abah.

Dan 3 hari juga abah tak buang air besar, aku tahu abah segan dan tak mudah untuk manusia normal macam kita nak menerima hakikat yang kita kini terpaksa memakai lampin dan dibersihkan oleh orang lain. Aku pujuk abah, jangan tahan..lepas saja. Tapi abah kata.

"busuk, nanti semua lari"

Hampir berdekah aku ketawa.

Malam tadi abah asyik menarik-narik bantal aku, membuatkan aku memang tak dapat tidur. Abah minta aku bawa abah pulang, abah nak rehat dirumah aku, dibilik bawah yang abah siapkan semua perabot. Aku cuma mampu jawab..

"Bila abah sihat, abah nak tinggal dengan acik pun boleh, tapi abah kena sihat dulu, sakit dada abah ni"

Berkali-kali. Hingga abah mula bengang dengan aku, abah kata aku banyak alasan, banyak cakap. tapi bila aku biarkan beberapa minit, dan abah senyap melihat aku. Aku bertanya, abah kalau dah sihat nak tinggal dengan aku atau ibu, abah jawab..

"Ibu" Seperti yang aku jangka, abah tetap kasih pada ibu.

 Dan paginya abah minta aku tolak katil berodanya keluar dari hospital, aku cakap "Taknak" dan abah mula mengatakan .."Kau ni jahat" ..tapi bila aku balas dengan.." Acikkan, memag dari dulu jahat, kan abah selalu marah acik sebab jahat, betul tak?"... abah gelengkan kepala, aku tahu rasional abah menidakkan aku jahat..(hehe, ke aku yang perasan?).

Abah kata abah nak balik rumah, nak mandi, nak gosok gigi guna berus gigi dan colgate, abah nak ke tandas. Itu kata abah. Dan dengan berat aku terangkan, walau abah pulang kerumah pun, belum tentu abah dapat melakukan semua itu. Abah tanya aku..

Abah: Kenapa tak boleh ketandas?
Aku: Abah tak boleh, susah.
Abah: apa susah, buka je kepala paip
Aku: sebab abah sakit sekarang, abah tak boleh jalan ke tandas, apatah lagi diri untuk mandi.
Abah: habis, abah nak buang air macamana?
Aku: lepas je kat pampers, acik,ke ibu ke, kami akan bersihkan abah.
Abah: abah ni susahkan orang je.
Aku: abah, semua kami, acik, adik, along, angah kan tetap akan jaga ibu dan abah bila ibu dan abah dah tua, sekarang ni abah sakit, kamilah yang jaga abah. (Kata aku sambil pegang jemari abah, snap gambar dan post ke facebook).

Abah senyap seminit dua, dan aku tertidur. Beberapa minit sebelum abah tarik bantal dikepala ku dan minta aku bawa dia pulang..untuk entah kali yang keberapa malam tu.

Dan lelaki yang isterinya tidur sekatil dengan dia, menyiku tangan aku dan cuba cucuk (poking) tangan aku dari sebalik tabir..cesss. Dan yeah, kami semua dah tentulah tak boleh tidur mula dari jam 5 hingga ke pagi apabila, pesakit warga tua itu tiba-tiba menjerit memaki hamun dalam bahasa kantonis, dan orang disebelah aku yang tidur sekatil dengan isterinya itu pun mula juga memaki hamun warga tua tersebut.

Monday, December 20, 2010

Wad kelas 3

Okay, aku menulis blog ni sementara bateri notebook masih ada. Adik dengan berbaik hati meminjamkan notebook dan modem boradband yang dia sebenarnya buat hantaran perkahwinan untuk bakal isterinya.

Harini dan hari seterusnya, selagi abah di wad, kecuali kalau adik, along atau angah balik, aku angkat jaga abah dari jam 6 petang hingga jam 8 pagi. Ibu tak boleh jaga malam, dan aku harap abah akan discharge sebelum habis cuti sekolah, aku juga harap waktu itu sakit dada abah dah pun lega, dan aku harap...tapi ni agak mustahil, abah tak perlu lagi feeding pakai tiub di hidung tu.

Okay wad kelas 3 sebenarnya taklah teruk sangat, sebab sekurangnya jururawat sentiasa lalu lalang didepan katil. Cuma memang privasi tu amat terhad. Di birai sebelah katil abah, ada seorang lelaki yang aku rasa sakit kencing manis, suka sangat menggaru kurap atau kudisnya, isterinya yang menjaga dengan setia, sekarang jam 11 malam, isterinya tidur sekatil dengan dia, yelah dua-dua pun kurus, boleh lah. Aku ada dengar dialog ini..

isteri: jangan lah bang...malu sikit, tunggu dulu lampu padam.
Suami: sejuklah..pergang sikit je
Isteri: janganlah..malu dek orang
Suami: peluk sikit pun tak boleh?

dialog ini dilafazkan secara berbisik. Ya walaupun tirai ditarik, tteapi apalah yang dapat menepis audio suara mereka. Dan mereka senyap saja sekarang.

Disini surau tiada pemisah dan hampir seperti ruang terbuka. Tandas bersin, tetapi masa aku ambil wuduk tadi ada juga bau urin.

Abah tak boleh tidur sebab, saat ada saja bunyi bising seperti troli ditolak, bunyi nebulizer, bunyi telefon, bunyi orang buang kahak, batuk atau pun bunyi kentut, haha. Dan untuk masuk ke kawasan dewan yang menempatkan abah, aku terpaksa melalui wad yang ada pesakit denggi, aku harap tak berjangkit. Lampu juga masih belum ditutup walaupun sudah hampir jam 12 malam, mungkin jam 12 malam barulah ditutup.

Jururawat telah pun alert tentang yang mereka harus menelefon wad 1 atau dua tentang kekosongan, setiap kali mereka bertukar shift, begitulah kata jururawat tersebut, harapnya betullah.

Abah dan aku mungkin diuji tuhan, sebab selalu manjakan diri, hanya tidur bila selesa, bila tidak dalam bising. Aku lihat penghuni wad ini, boleh saja tidur hingga berdengkur walaupun ada bunyi telefon disebelah katil mereka.

Dr H, banyak terang pada aku, apa sepatutnya penjaga pesakit stroke perlu tahu, barulah aku tahu chest pain abah adalah perkara biasa untuk pesakit stroke, kerana memang ada terapi untuk itu. Dr. H juga ada beritahu, penjaga pesakit stroke kebanyakannya diserang darah tinggi kerana tugas mereka yang stress, dan mereka ada support buddy untuk itu.

Oh ya, tengahari tadi aku sempat beli 2 pasang jeans baru di Jusco, waktu ibu di unit kecemasan, yeah dan sebab itu aku tak dapat fight awal-awal untuk wad kelas abah..hmmm..masalahnya, aku amat mmerlukan jeans baru!

Okay nak feeding abah, abah akan mula ambil susu 2 scoops malam ni.

Hari ke tujuh part 2

Di unit kecemasan, ibu kena marah sebab kes abah nak sangat discharge, dan kami dikatakan sebenarnya tak mahu jaga abah. Helllo..chest pain abah, buat kami panik okay!

Abah dimasukkan di wad 3. Seumur abah, abah tak pernah masuk wad 3, abah terpinga-pinga bila katilnya hanya didepan kaunter. Nak salin pampers pun, kami tak sampai hati.
Staff nurse di wad 3 suruh aku ke bahagian pendaftaran tu, kalau kami tak puas hati, dan hanya tuhan yang tahu, Hospital Melaka punya parking amatlah teruk, kalau aku naik kereta ke bahagian pendaftaran yang berlainan bangunan, pasti aku akan ambil sejam lagi untuk cari parking. Ya, aku berjalan kaki lebih kurang 20 minit mencari bangunan pentadbiran.

Aku pergi ke bahagian pendaftaran, tanya prosedur apa yang boleh aku mohon abah masuk ke wad 1, aku geram juga sebab abah sebenarnya pesara, kenapa tak di book kan untuk wad 1? Disana aku diterangkan prosedur, kena tanya dulu doktor samada abah boleh ditempatkan dibilik individu, kerana wad kelas 1, semuanya privacy ..sampaikan nurse cuma 2 orang saja yang jaga dan doktor cuma akan naik kalau ada hal saja..(what the hell ni ke kelas 1 punya prinsip?). So aku berulang ke wad 3 tadi, jumpa doktor.

Nama doktor tu Dr. Helmi, dia nampak okay dan banyak macam nak tolong. Aku minta pada dia agar pindahkan abah ke wad 1, dia kata dia cuba..(dia anggung je sambil tulis report).

Lalu aku bawa ibu pulang dulu, sebab ibu yang diabetik, juga dah letih.

Lepas tu, jam 4 aku dah ke tempat pendaftaran, dapatkan slip booking, mereka terus hubungi wad A-4 ((WAD 1), sayangnya, aku terlambat beberapat jam, ada pesakit lain dah isi satu2nya kekosongan yang ada untuk haritu. dan aku diminta untuk minta tolong nurse di wad 3,hubungi wad kelas satu dari masa ke semasa sekiranya ada kosong.

Jadi lepas tu aku pun berjalan lagi ke wad 3, beri slip booking tu pada Dr.Helmi. Dr. helmi agak takjub dengan usaha aku pergi balik ke pentadbiran.

Tapi sayang, malah wad kelas dua pun tak kosong.

Jadi, petang tu aku menjaga abah. Aku minta sudut yang agak privacy sedikit, sekurang nya ada tirai untuk tutup. Kerana beberapa pengajaran, aku dah agak sedar, waktu abah lemah, aku takkan mampu salinkan pampers abah seorang diri. Setelah beberapa kali aku meminta, akhirnya jam 9 malam, abah bisik pada aku, minta aku sendiri salinkan pampers abah. Sayu hati aku, sebab abah kalau boleh tidak mahu aku yang salinkan pampers dia, abah rela tunggu ibu selalunya dan lebih suka kalau adik yang tukarkan. Ya, aku faham, aku anak perempuan bujang abah, betapa sukarnya abah nak membenarkan aku melakukan proses tu. Tapi jam 9 malam tu, akhirnya disebabkan terlalu lama menunggu, hingga cadar abah dah dibasahi urin, abah minta aku tukarkan. Dan abah dalam lemah, berusaha memudahkan tugas aku.

Dann bayangkan..jam 9malam itu juga barulah abah difeeding dengan air kosong, sejak jam 1pagi tadi tiada satu pun masuk dalam perut abah.

Abah..sabar abah..ni ujian buat kita.

Aku pergi keluar cari makan, bila aku tengok abah dah lelap..

Hari ke tujuh

Semalam, hari ke enam, abah discharge semalam, kejutan bagi kami, sebab abah kelihatan lemah dan tak banyak perubahan. Rupanya abah yang beriya-ia nak keluar, hingga gegera-gergar katil, dan akhirnya doktor tu bagi abah discharge.

Haritu hadi ahad, kedai perbot dan farmasi banyak tutup, kami kelamb kabut mencari katil single dan juga peralatan untuk abah. Sukarnya.

Akhirnya dapat juga katil yang agak sesuai. Itupun kena menunggu, abah dah lelah di kerusi roda di rumah, nasib ada jiran yang menolong. Kalau sekadar aku, aku tak mampu angkat abah, untuk angkat abah ke kerusi roda, memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang lelaki. Atau mungkin aku yang patut ke gym untuk bina badan.

Dirumah, lepas adik pulang, dan hanya tinggal ibu dan aku, agak sukar untuk kami membetulkan posisi abah dan juga untuk dudukkan abah. Proses menyalin lampin pun jadi agak sukar, ibu pun taklah kuat mana. Terasa berat dugaan tuhan. Abah selalu pula berkalih tempat dan menjadikan posisi baring abah buat abah nampak amat tidak selesa.

Dan jam 12 malam, kami kehabisan lampin. Ya, aku hampir sebak. Tuhan, kerdilnya kami. Dan abah mula mengadu lagi sakit dada, sejak malam sebelum discharge sebenarnya aku dah nampak abah sakit dada.

Malam tu, kami semalaman sukar nak tidur, dan akhirnya pagi tu kami dinasihatkan menelefon ambulan, kerana ditakuti sakit dada abah adalah satu serangan jantung lagi.

Sunday, December 19, 2010

Hari ke enam

Harini hari keenam aku menjaga abah di hospital. Esok akah genap seminggu abah diserang stroke. Dan esok hanya aku dan ibu yang akan menjaga abah dihospital. Abah sedang tidur sekarang. Tadi abah tanya sampai bila abah akan berada dihospital, aku kata, selagi tekanan darah abah tinggi, selagi tu abah dihospital, dan adik terangkan yang esok fisioterapi akan datang dan buat pemerhatian tentang rongga mulut abah terutamanya.

"Teruk kali ni, teruk nasib abah"

Abah mengaduh, dan aku hanya boleh abah bersabar. Pagi-pagi dah jadi kebiasaan, sejak hari ketiga, abah akan meminta-minta teh ais. Doktor melarang kami memberi abah makan melalui mulut, walaupun air, tapi kadang-kadang kami suakan juga menggunakan straw.

Okay, kenapa aku menulis blog, bukan untuk meminta simpati tentang abah kena stroke, tapi sekadar mengisi masa bosan aku apabila abah tidur, itu sahaja. Trauma kami dah berlalu, kami dah boleh terima, dah tiada lagi rasa sedih, kami dah mula bersedia dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan kami lalui.

Abah ada kami. Dan aku juga rasa sebenarnya, ujian ni juga tuhan bagi personal buat aku.

Doktor kata, abah boleh sembuh, tapi kemungkinan untuk kena lagi tetap ada, jika kalini otak disebelah kanan, takut esok lusa kiri pula kiranya tak dijaga.