Aku dapat cam, kalau abah ajak balik kerumah aku, maksudnya abah sedang tak rasional, hati dia hendak tinggal dirumah aku, tapi rasionalnya tahu dia takkan tinggalkan ibu (sila rujuk perbualan aku dan abah di entry hari ke 8).
Menjaga abah diwaktu malam adalah cabaran yang agak sukar juga, abah amat cranky, abah sukar nak lelapkan mata, dan kata-kata abah kadangkala agak keras, namun aku tahu aku tak boleh ambil hati dengan kata-kata abah, sebab ianya adalah diluar kesedaran abah. Berkali abah kata, abah nak bangun, abah nak berjalan, abah nak berlari..
Harini juga ada dua kemusykilan. Satu, abah masih sakit sendi di kedua-dua tapak dan hujung jemari kaki abah, mula sejak dua malam yang lepas, sakit sangat hingga abah mengerang panggil nurse, abah kata abah tak pernah sakit sendi yang begini, bila aku tanya Dr. H yang incharge abah, dia kata itu perkara biasa sebab tak bergerak, tapi kenapa kaki kanan juga sakit, walhal kaki kanan tu amat aktif. Bila kutanya doktor khairiyah yang dair unit sakit stroke ni, dia kata ni bukan perkara biasa bagi pesakit stroke, dia minta aku tanya doktor lain. Tetap, mereka sekadar bagi abah pain killer bila abah mengerang sakit. Perkara dua, sejak petang semalam, abah syik berpeluh dingin, sampai basah dibahagian leher dan baju abah, muka abah pun nampak pucat. Dan kemudiannya pada jam 4pagi, aku baru sedar, badan abah panas, macam demam, tidak sejuk seperti dari petang tadi. Bila aku tanya Dr H, katanya sebab tindak balas jangkitan paru-paru tu.
Oh ya mulai malam tadi abah diberi Warfarin, tapi kata Dr H, demam dan peluh dingin bukan kesan atau gejala warfarin.
Harap, semuanya akan stabil, aku nak sakit abah sembuh. Dan sekurangnya abah boleh makan guna mulut, dan duduk, itupun dah cukup mengurangkan derita abah.
Harini adik jaga abah, aku rehat dirumah. Dan esok kami akan bertolak ke Terengganu, adik akan nikah. Tanpa abah.Aduh sedihnya hati. Along akan jaga abah, sehingg hari ahad ni.
Tuhan, tabahkan hati hati kami.
Gambar abah bersama kami, waktu kami ke terengganu untuk pertunangan adik buat aku sebak.
Kita doakan abah cepat pulih sebaik mungkin..
ReplyDeleteafter being a silence reader for quite sometimes,today,finally that tears flooding my cheeks reading this.
ReplyDeleteBe strong you both/*hugs*