Nak juga aku tulis pasal feeding kan. Feeding adalah amat penting, sebab tanpa feeding proses, umpama abah tak makan. Masa minggu pertama dulu memang kami adik beradik yang agak bengong ni, telah menyuap abah menggunkan straw sedikit demi sedikit air mineral, dan juga mengikut kehendak abah yang nak air milo kotak dan juga air teh ais. Lalu akibatnya, abah sakit dada dan paru-paru abah dijangkiti. Sakit dada abah tu, aku rasa amat sakit, hingga pada malam yang sebelum paginya kami menelefon ambulan, abah mengerang sakit dada sambil mengeluh seksa, dan aku tahu abah tak mudah mengaku sakit. Dulu masa kecik abah pernah halau aku dari dalam bilik sebab aku bertanya abah samaada abah sakit ke sebab aku nampak depan mata aku abah kena gigit penyengat.
Jadi kami diperkenalkan dengan feeding melalui tiub yang dimasukkan kehidung abah dan terus ke perut. Proses masuk tu memang seksa, sampai berair-air mata dan kemreahan muka abah.
Mulanya kami adik beradik rasa apalah teknikalnya feeding ni, kena sedut sikit dengan picagari, nak uji samada abah terlalu kenyang atau tidak, dan kena pastikan kalau penutup tiub dibuka, jari kami kepit hujung tiub yang dekat penutupnya supaya udara tak masuk, lepas tu setiap kali sebelum feeding kena masukkan 10ml air kosong dulu untuk bilas tiub tu, supaya tiada susu basi didalamnya. Dan kemudian masukkan susu yang dah dibancuh dengan air mengikut sukatan yang diberikan oleh doktor dari masa ke semasa. Mereka akan mula dari 2 scoops susu dan 50ml air. Lepas dah habiskan masuk susu kedalam tiub tu, kena sekali lagi masukkan air 10ml atau lebih, untuk pastikan tiubnya tiada susu tersisa.
Setelah beberapa kali buat feeding, aku rasa dah okay dah, cuma aku akan cuak bila nampak benda lain selain air putih atau jernih yang disedut oleh picagari sebelum feeding. Nurse kata tu ubat dan kena sedut tengok berapa banyak yang ada. tapi doktor pula kata, flush je dengan air kosong. Tapi bila aku ingat balik, nurse kata kalau yang air atau susu tu keluar baru sedut habis.
Feeding awal ialah 6 jam sekali, tapi sekarang mulai hari kedua di wad a-g abah dah pun 4 jam sekali.
Okay habis part tentang feeding.
B.O, yaa..hari ni pertama kali kemaskan abah B.O, setelah hampir seminggu abah tak B.O. Separuh dari aku gembira sebab abah B.O, kerana makudnya abah dah buang toksin yang lama dalam badan abah tu, separuh lagi aku akui nak kemaskan B.O bukanlah mudah, kena banyak guna tisu basah, aku pernha tengok kat sini nurse guna kertas warna coklat, mungkin tu lebih murah. Korang agak B.O tu apa? Teka sendirilah.lol
Tadi aku dengar ibu bagitahu along, abah tanya pampers tu mahal ke, ibu jawab mahallah jugak. Aduh, aku rasa kurang enak je dengan jawapan ibu tu. harga pampers brand TENA, rm26.90 di farmasi, abah pakai dalam 3 dua hari tak silap aku. Setakat ni dari isnin sampai kahmais abah dah pakai 3 bungkus pek pampers. Jadi seminggu mungkin 5 bungkus lah. Nak selamat. Susu Ensure, aku tak pasti berapa tapi tak silap aku along cakap dalam rm60, enath betul tidak, aku pun lupa. Wipe tissue, sekotak kecil rm3.60 kat 7-eleven. Hmm...tinggi kan kos ni.
Tapi aku rasa kalau semua wang pencen abah digunakan untuk ini, aku rasa tiada masalah.
Ya, masa ni barulah pertama kali dalam hidup aku, aku agak kesal, kenapa aku tak belajar betul-betul score gila-gila dan bukan kerja kerajaan saja. Pati hidupo ni duit tak jadi maslaah. Dan satu pengajaran aku, aku kena beli insuran, serius.
Sekarang ni, taip sms pun aku dah rasa makan masa sangat, bila tak jaga abah, baik aku pergi tidur.Dan yeah..malam ni apek tak waras tu dah discharge, dan couple kat sebelah aku tu dah pindah katil agak jauh sikit dari abah, yuhuuu...tenang sikit.
Esok nanti..di hospital jasin macamana pula agaknya. Dan hospital jasin memang jauh dari rumah aku dan rumah ibu..macamana pula cabarannya nanti.
No comments:
Post a Comment