Kalau dikira harinilah yang betullnya hari ke 8, yang sebelum ni salah. Ye aku hilang rasa tentang masa. Yang aku tahu, aku kena berada di wad untuk jaga abah, itu saja, layan abah, itu dunia aku sekarang. Dan entah kenapa walaupun memang letih, tapi aku rasa aku bahagia dengan abah. Abah mungkin naik meluat dengar aku bercerita dan memujuk abah, sebab abah cuma boleh berkata sepatah dua kata, dan aku tahu itu pun agak payah, bila dah letih, abah akan cuma angguk dan geleng.
Semalam, pagi doktor pakar datang melawat, dan memberitahu bahawa mereka mencadangkan agar kes abah di rujuk ke Hospital Jasin, disana ada pakar untuk stroke atau sebenarnya adalah pakar untuk rawatan orang-orang tua yang hilang upaya atau nyanyuk, walaupun abah bukan begitu tapi kemampuan fizikal abah dah jadi begitu akibat stroke. Dan dengarnya mulai tahun depan Hospital jasin akan dijadikan pusat rehab untuk pesakit macam abah. Ianya macam mimpi kan? Cadangan ni bagi sinar sedikit untuk family aku, cuma aku takut ianya tak seindah yang disangka.
Abah juga dicadangkan untuk mengambil ubat Warfarin untuk mengelakkan stroke berlaku lagi, dan kami sedar kiranya stroke berlaku lagi, risikonya ialah abah akan lumpuh seluruh badan. Ubat tu mencair kan darah, dan akan menjadikan sekiranya luka agak lambat untuk pulih, dan akan berlaku pendarahan semulajadi bila-bila masa waktu peringkat awal untuk menentukan dos yang sesuai untuk abah. Telan air liur juga aku dengar risikonya, rasa tak sanggup lagi nak tengok abah derita apa-apa.
Namun kami bersetuju pada kedua-dua cadangan ini. Kerana kata along, lebih banyak yang baik dari yang buruk.
Abah kerap bertanyakan adik lelaki ku (ayat macamlah aku ada adik perempaun..) aku tahu cuma adik yang mampu mendukung abah dan letak di kerusi roda, dan dengan itu akan membolehkan abah mandi di bilik air dengan kerusi roda sekali. Tapi adik cuma dapat balik khamis ni, dan aku tahu adik pastinya sibuk dengan majlis perkahwinannya. Hari penting...sungguh berat dugaan buat adik. Ya, kami sekeluarga diuji dengan abah diserang stroke secara tiba-tiba, 2 minggu sebelum majlis perkahwinan adik bongsu kami.
Oh ya, adik dan along berkampung di wad 3-2 sebaik sehari selepas dapat berita abah kena stroke. Mereka berdua jaga abah shift malam sejak hari khamis hingga sabtu lepas. Jadi cuma sejak abah masuk wad A-G, dan dijaga oleh aku, abah tak dapat mandi.
Along, adik dan aku, kami sebenarnya banyak menahan emosi. Hati ini hanya tuhan yang tahu. Abah adalah hero kami sejak kecil, abahlah segalanya, abahlah lelaki yang paling kami hormati. Tak tertanding dengan lelaki-lelaki yang hadir dalam hidup kami, walau siapa pun mereka. Abah lah yang mengajar kami solat dan mengaji, bolehnya kami membaca al-quran adalah kerana abah, tahunya kami tentang solat juga hasil didikan abah. Dan petang ahad, waktu adik perlu berlepas pulang dari rumah ibu, pertama kali dalam hidup aku, aku dengar esakkan tangis adik sewaktu bersalam dan memeluk ibu. Adik, moga perkahwinanmu amat diberkati tuhan, melahirkan zuriat yang soleh, dan kekal ke akhir hayat. Tuhan uji, kerana kau benar-benar nak jalan yang Allah redha.
Sejak semalam, abah mula feeding susu Ensure semula. Harini 200ml air dan 5 scoop susu. Aku rasa tentang feeding ni aku akan buat entri khas.
Okay, malam tadi adalah malam kedua aku bermalam dihospital, kali ni aku beli kerusi malas, dan bawa bantal kecil, kerusi malas yang abah beli untuk rumah aku dan telah aku bawa di wad 3-2 haritu, dah patah, lasak aku dan adik menjaga abah. Malam ni, abah resah, sukar nak tidur. Dan tiub feeding di hidung abah juga tercabut, dan untuk memasukkan tiub tersebut amatlah membuat abah derita. Dan selain pasangan dibelakang aku, pesakit warga emas berhampiran katil abah juga mendatangkan masalah. Dia suka menjerit merapu dimalam hari. Dan bertanya aku samada aku ada pisau, apabila aku melintas katilnya.
Aku tidur menghadap wajah abah, abah bagi isyarat supaya aku menghalau pesakit tersebut, aku balas dengan isyarat yang bermaksud..
"Nak Ayu tampar dia?"
Abah bagi isyarat angguk. Aku gelak. Ya dah seminggu aku lupa untuk ketawa. Dan abah pula entah bila aku lihat kali terakhir abah senyum atau ketawa, rindu dengan ketawa abah yang akan menyerlahkan mata sepet abah.
Dan 3 hari juga abah tak buang air besar, aku tahu abah segan dan tak mudah untuk manusia normal macam kita nak menerima hakikat yang kita kini terpaksa memakai lampin dan dibersihkan oleh orang lain. Aku pujuk abah, jangan tahan..lepas saja. Tapi abah kata.
"busuk, nanti semua lari"
Hampir berdekah aku ketawa.
Malam tadi abah asyik menarik-narik bantal aku, membuatkan aku memang tak dapat tidur. Abah minta aku bawa abah pulang, abah nak rehat dirumah aku, dibilik bawah yang abah siapkan semua perabot. Aku cuma mampu jawab..
"Bila abah sihat, abah nak tinggal dengan acik pun boleh, tapi abah kena sihat dulu, sakit dada abah ni"
Berkali-kali. Hingga abah mula bengang dengan aku, abah kata aku banyak alasan, banyak cakap. tapi bila aku biarkan beberapa minit, dan abah senyap melihat aku. Aku bertanya, abah kalau dah sihat nak tinggal dengan aku atau ibu, abah jawab..
"Ibu" Seperti yang aku jangka, abah tetap kasih pada ibu.
Dan paginya abah minta aku tolak katil berodanya keluar dari hospital, aku cakap "Taknak" dan abah mula mengatakan .."Kau ni jahat" ..tapi bila aku balas dengan.." Acikkan, memag dari dulu jahat, kan abah selalu marah acik sebab jahat, betul tak?"... abah gelengkan kepala, aku tahu rasional abah menidakkan aku jahat..(hehe, ke aku yang perasan?).
Abah kata abah nak balik rumah, nak mandi, nak gosok gigi guna berus gigi dan colgate, abah nak ke tandas. Itu kata abah. Dan dengan berat aku terangkan, walau abah pulang kerumah pun, belum tentu abah dapat melakukan semua itu. Abah tanya aku..
Abah: Kenapa tak boleh ketandas?
Aku: Abah tak boleh, susah.
Abah: apa susah, buka je kepala paip
Aku: sebab abah sakit sekarang, abah tak boleh jalan ke tandas, apatah lagi diri untuk mandi.
Abah: habis, abah nak buang air macamana?
Aku: lepas je kat pampers, acik,ke ibu ke, kami akan bersihkan abah.
Abah: abah ni susahkan orang je.
Aku: abah, semua kami, acik, adik, along, angah kan tetap akan jaga ibu dan abah bila ibu dan abah dah tua, sekarang ni abah sakit, kamilah yang jaga abah. (Kata aku sambil pegang jemari abah, snap gambar dan post ke facebook).
Abah senyap seminit dua, dan aku tertidur. Beberapa minit sebelum abah tarik bantal dikepala ku dan minta aku bawa dia pulang..untuk entah kali yang keberapa malam tu.
Dan lelaki yang isterinya tidur sekatil dengan dia, menyiku tangan aku dan cuba cucuk (poking) tangan aku dari sebalik tabir..cesss. Dan yeah, kami semua dah tentulah tak boleh tidur mula dari jam 5 hingga ke pagi apabila, pesakit warga tua itu tiba-tiba menjerit memaki hamun dalam bahasa kantonis, dan orang disebelah aku yang tidur sekatil dengan isterinya itu pun mula juga memaki hamun warga tua tersebut.
Tabik spring kat ko, Nani. You have my utmost respect. Aku belum tentu mampu buat apa yang ko buat.
ReplyDeleteLagi satu... agaknya orang kat spital ni mmg perangai pelik2 ek? Time aku jaga bapak aku kat ward aritu pun mcm2 perangai aku tengok.
best juga tengok telatah kat sepital..menginsafkan..
ReplyDeleteZan, bila kita sayang seseorang amat sangat, ya mungkin dari situ kekuatan tu datang. Aku cuma harap tuhan beri kami kesabaran, sebab memang jaga abah bukan perkara mudah.
ReplyDeletealong, yap betul..dan buat kita syukur sebab kita sihat.Mampu pergi toilet pun satu nikmat agung dari tuhan.