Harini hari keenam aku menjaga abah di hospital. Esok akah genap seminggu abah diserang stroke. Dan esok hanya aku dan ibu yang akan menjaga abah dihospital. Abah sedang tidur sekarang. Tadi abah tanya sampai bila abah akan berada dihospital, aku kata, selagi tekanan darah abah tinggi, selagi tu abah dihospital, dan adik terangkan yang esok fisioterapi akan datang dan buat pemerhatian tentang rongga mulut abah terutamanya.
"Teruk kali ni, teruk nasib abah"
Abah mengaduh, dan aku hanya boleh abah bersabar. Pagi-pagi dah jadi kebiasaan, sejak hari ketiga, abah akan meminta-minta teh ais. Doktor melarang kami memberi abah makan melalui mulut, walaupun air, tapi kadang-kadang kami suakan juga menggunakan straw.
Okay, kenapa aku menulis blog, bukan untuk meminta simpati tentang abah kena stroke, tapi sekadar mengisi masa bosan aku apabila abah tidur, itu sahaja. Trauma kami dah berlalu, kami dah boleh terima, dah tiada lagi rasa sedih, kami dah mula bersedia dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan kami lalui.
Abah ada kami. Dan aku juga rasa sebenarnya, ujian ni juga tuhan bagi personal buat aku.
Doktor kata, abah boleh sembuh, tapi kemungkinan untuk kena lagi tetap ada, jika kalini otak disebelah kanan, takut esok lusa kiri pula kiranya tak dijaga.
No comments:
Post a Comment