Monday, December 20, 2010

Hari ke tujuh part 2

Di unit kecemasan, ibu kena marah sebab kes abah nak sangat discharge, dan kami dikatakan sebenarnya tak mahu jaga abah. Helllo..chest pain abah, buat kami panik okay!

Abah dimasukkan di wad 3. Seumur abah, abah tak pernah masuk wad 3, abah terpinga-pinga bila katilnya hanya didepan kaunter. Nak salin pampers pun, kami tak sampai hati.
Staff nurse di wad 3 suruh aku ke bahagian pendaftaran tu, kalau kami tak puas hati, dan hanya tuhan yang tahu, Hospital Melaka punya parking amatlah teruk, kalau aku naik kereta ke bahagian pendaftaran yang berlainan bangunan, pasti aku akan ambil sejam lagi untuk cari parking. Ya, aku berjalan kaki lebih kurang 20 minit mencari bangunan pentadbiran.

Aku pergi ke bahagian pendaftaran, tanya prosedur apa yang boleh aku mohon abah masuk ke wad 1, aku geram juga sebab abah sebenarnya pesara, kenapa tak di book kan untuk wad 1? Disana aku diterangkan prosedur, kena tanya dulu doktor samada abah boleh ditempatkan dibilik individu, kerana wad kelas 1, semuanya privacy ..sampaikan nurse cuma 2 orang saja yang jaga dan doktor cuma akan naik kalau ada hal saja..(what the hell ni ke kelas 1 punya prinsip?). So aku berulang ke wad 3 tadi, jumpa doktor.

Nama doktor tu Dr. Helmi, dia nampak okay dan banyak macam nak tolong. Aku minta pada dia agar pindahkan abah ke wad 1, dia kata dia cuba..(dia anggung je sambil tulis report).

Lalu aku bawa ibu pulang dulu, sebab ibu yang diabetik, juga dah letih.

Lepas tu, jam 4 aku dah ke tempat pendaftaran, dapatkan slip booking, mereka terus hubungi wad A-4 ((WAD 1), sayangnya, aku terlambat beberapat jam, ada pesakit lain dah isi satu2nya kekosongan yang ada untuk haritu. dan aku diminta untuk minta tolong nurse di wad 3,hubungi wad kelas satu dari masa ke semasa sekiranya ada kosong.

Jadi lepas tu aku pun berjalan lagi ke wad 3, beri slip booking tu pada Dr.Helmi. Dr. helmi agak takjub dengan usaha aku pergi balik ke pentadbiran.

Tapi sayang, malah wad kelas dua pun tak kosong.

Jadi, petang tu aku menjaga abah. Aku minta sudut yang agak privacy sedikit, sekurang nya ada tirai untuk tutup. Kerana beberapa pengajaran, aku dah agak sedar, waktu abah lemah, aku takkan mampu salinkan pampers abah seorang diri. Setelah beberapa kali aku meminta, akhirnya jam 9 malam, abah bisik pada aku, minta aku sendiri salinkan pampers abah. Sayu hati aku, sebab abah kalau boleh tidak mahu aku yang salinkan pampers dia, abah rela tunggu ibu selalunya dan lebih suka kalau adik yang tukarkan. Ya, aku faham, aku anak perempuan bujang abah, betapa sukarnya abah nak membenarkan aku melakukan proses tu. Tapi jam 9 malam tu, akhirnya disebabkan terlalu lama menunggu, hingga cadar abah dah dibasahi urin, abah minta aku tukarkan. Dan abah dalam lemah, berusaha memudahkan tugas aku.

Dann bayangkan..jam 9malam itu juga barulah abah difeeding dengan air kosong, sejak jam 1pagi tadi tiada satu pun masuk dalam perut abah.

Abah..sabar abah..ni ujian buat kita.

Aku pergi keluar cari makan, bila aku tengok abah dah lelap..

2 comments:

  1. Sedihnya bila Ayu kena alami semua ini sendiri..moga Allah balas semuanya sayang..

    ReplyDelete
  2. frust juga sebab sampai ke harini abah still di wad 3, tapi takperlah..at least itulah yang ayu mampu usaha, kalau along kat tempat ayu pun, mesti along buat, malah mungkin lebih dari apa yang ayu buat.

    ReplyDelete