Okay, aku menulis blog ni sementara bateri notebook masih ada. Adik dengan berbaik hati meminjamkan notebook dan modem boradband yang dia sebenarnya buat hantaran perkahwinan untuk bakal isterinya.
Harini dan hari seterusnya, selagi abah di wad, kecuali kalau adik, along atau angah balik, aku angkat jaga abah dari jam 6 petang hingga jam 8 pagi. Ibu tak boleh jaga malam, dan aku harap abah akan discharge sebelum habis cuti sekolah, aku juga harap waktu itu sakit dada abah dah pun lega, dan aku harap...tapi ni agak mustahil, abah tak perlu lagi feeding pakai tiub di hidung tu.
Okay wad kelas 3 sebenarnya taklah teruk sangat, sebab sekurangnya jururawat sentiasa lalu lalang didepan katil. Cuma memang privasi tu amat terhad. Di birai sebelah katil abah, ada seorang lelaki yang aku rasa sakit kencing manis, suka sangat menggaru kurap atau kudisnya, isterinya yang menjaga dengan setia, sekarang jam 11 malam, isterinya tidur sekatil dengan dia, yelah dua-dua pun kurus, boleh lah. Aku ada dengar dialog ini..
isteri: jangan lah bang...malu sikit, tunggu dulu lampu padam.
Suami: sejuklah..pergang sikit je
Isteri: janganlah..malu dek orang
Suami: peluk sikit pun tak boleh?
dialog ini dilafazkan secara berbisik. Ya walaupun tirai ditarik, tteapi apalah yang dapat menepis audio suara mereka. Dan mereka senyap saja sekarang.
Disini surau tiada pemisah dan hampir seperti ruang terbuka. Tandas bersin, tetapi masa aku ambil wuduk tadi ada juga bau urin.
Abah tak boleh tidur sebab, saat ada saja bunyi bising seperti troli ditolak, bunyi nebulizer, bunyi telefon, bunyi orang buang kahak, batuk atau pun bunyi kentut, haha. Dan untuk masuk ke kawasan dewan yang menempatkan abah, aku terpaksa melalui wad yang ada pesakit denggi, aku harap tak berjangkit. Lampu juga masih belum ditutup walaupun sudah hampir jam 12 malam, mungkin jam 12 malam barulah ditutup.
Jururawat telah pun alert tentang yang mereka harus menelefon wad 1 atau dua tentang kekosongan, setiap kali mereka bertukar shift, begitulah kata jururawat tersebut, harapnya betullah.
Abah dan aku mungkin diuji tuhan, sebab selalu manjakan diri, hanya tidur bila selesa, bila tidak dalam bising. Aku lihat penghuni wad ini, boleh saja tidur hingga berdengkur walaupun ada bunyi telefon disebelah katil mereka.
Dr H, banyak terang pada aku, apa sepatutnya penjaga pesakit stroke perlu tahu, barulah aku tahu chest pain abah adalah perkara biasa untuk pesakit stroke, kerana memang ada terapi untuk itu. Dr. H juga ada beritahu, penjaga pesakit stroke kebanyakannya diserang darah tinggi kerana tugas mereka yang stress, dan mereka ada support buddy untuk itu.
Oh ya, tengahari tadi aku sempat beli 2 pasang jeans baru di Jusco, waktu ibu di unit kecemasan, yeah dan sebab itu aku tak dapat fight awal-awal untuk wad kelas abah..hmmm..masalahnya, aku amat mmerlukan jeans baru!
Okay nak feeding abah, abah akan mula ambil susu 2 scoops malam ni.
weh takyah la privet kan..susah nakl link le
ReplyDeleteSabar, lepas ni boleh tido Bertam 2 malm..
ReplyDeleteblog ni memang aku tak privet kan ler..ni cuma hal aku jaga abah, takder hal pribadi aku sangat.
ReplyDelete